Kegiatan amal dan khidmat masyarakat Ashley Graham

Graham menjadi pemidato di sekolah-sekolah menengah berkaitan dengan imej tubuh dan penerimaan tubuh. Beliau telah turut serta dalam misi kemanusiaan di Afrika Selatan bersama Themba Foundation.[8] Graham merupakan duta bagi pergerakan Health at Every Size.[11][12][13] Graham menyampaikan TED Talk yang memberikan advokasi bagi penerimaan-diri terhadap imej tubuh[14]. Beliai juga menjelaskan mengapa seseorang tidak harus merujuk pada dirinya (dan lainnya) sebagai Model "Berbadan-Besar", kerana hal itu akan memisahkan mereka dari model-model lainnya. Beliau ialah seorang advokat bagi kepercayaan diri.[15]